Musnad Imam Ahmad
Musnad Imam Ahmad No. 5434
حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيُّ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ فُضَيلٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
أَخَّرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْعِشَاءِ حَتَّى نَامَ النَّاسُ وَتَهَجَّدَ الْمُتَهَجِّدُونَ وَاسْتَيْقَظَ الْمُسْتَيْقِظُ فَخَرَجَ فَأُقِيمَتْ الصَّلَاةُ وَقَالَ لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَخَّرْتُهَا إِلَى هَذَا الْوَقْتِ
Telah menceritakan kepada kami [Abu Ahmad Az-Zubairiy] telah menceritakan kepada kami [Israa'il] dari [Fudloil] dari [Mujahid] dari [Ibnu Umar] dia berkata, Pernah Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam mengakhirkan shalat Isyak sampai orang-orang tertidur, yang biasa mendirikan shalat tahajjud menunaikannya, yang biasa bangun terbangun, kemudian beliau muncul, lalu shalat didirikan, kemudian beliau bersabda, "Sekiranya tidak memberatkan atas umatku, niscaya kuakhirkan shalat isyak sampai waktu seperti ini."